Mengapa naziran eSPKB dilaksanakan?
Naziran eSPKB diwujudkan di semua Pejabat Perakaunan selaras dengan kewajipan Akauntan Negara di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) 138 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 9 Tahun 2014 mengenai pengawasan yang sesuai diadakan untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan atau kecuaian di Jabatan.
Apakan skop naziran eSPKB?
Skop naziran eSPKB adalah untuk menjalankan naziran sekurang-kurangnya sekali setahun ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) eSPKB dan menjalankan naziran ke atas proses penyediaan dokumen kewangan eSPKB.
Bagaimanakah cara naziran dilakukan?
Naziran dilakukan dengan membuat semakan ke atas dokumen kewangan, lawatan ke tempat kerja dan temuramah dengan pegawai dan kakitangan PTJ yang terlibat.
Apakah jenis dokumen kewangan yang disemak semasa naziran dijalankan?
Naziran dijalankan ke atas empat (4) jenis dokumen kewangan yang telah dijana oleh sistem eSPKB iaitu:
Waran Peruntukan.
Baucar Bayaran.
Baucar Jurnal.
Penyata Pemungut.
Bilakan laporan naziran akan diterima oleh PTJ setelah naziran dilaksanakan?
Laporan naziran akan diterima oleh PTJ dalam tempoh 14 hari setelah naziran dilaksanakan.
Setelah laporan naziran diterima oleh PTJ, berapakah tempoh masa yang diberikan kepada PTJ untuk mengemukakan maklum balas?
Setelah laporan naziran diterima oleh PTJ, PTJ diberi masa 21 hari dari tarikh laporan naziran untuk mengemukakan maklum balas.
Sekiranya laporan naziran tersebut tidak memerlukan apa-apa maklum balas memandangkan tiada apa-apa penemuan naziran, adakah PTJ masih perlu mengemukakan maklum balas?
Ya, PTJ masih perlu mengemukakan maklum balas dengan menghantar Ulasan Ketua Jabatan lengkap ditandatangan beserta cap jawatan.