Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 TUNTUTAN BAYARAN BALIK KEPADA AGENSI PENERBANGAN BAGI WARAN PERJALANAN UDARA AWAM SECARA PUKAL

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-25/ Jld.1(51)
Tarikh : 22 Mac 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

TUNTUTAN BAYARAN BALIK KEPADA AGENSI PENERBANGAN BAGI WARAN PERJALANAN UDARA AWAM SECARA PUKAL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sepertimana YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan sedia maklum, pembayaran tambang udara atau Waran Perjalanan Udara Awam secara pukal (WPUA Pukal) merupakan kemudahan bayaran secara berpusat oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia kepada agensi penerbangan.

3.      Namun demikian, sekiranya terdapat pegawai tidak dapat menyempurnakan perjalanan (No show passenger), Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah membuat tuntutan bayaran balik secara terus kepada agensi penerbangan.

4.      PTJ adalah diingatkan supaya mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap apabila membuat tuntutan. Selaras dengan SPANM Bil.7 Tahun 2018, PTJ perlu menyelenggara Daftar No Show Passenger (Lampiran D3) bagi semua tiket perjalanan yang tidak disempurnakan.

5.      Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan apabila membuat permohonan tuntutan bayaran balik bagi no show passenger mengikut agensi untuk rujukan dan tindakan PTJ :

      a) Lampiran 1 – Malaysia Airlines Berhad (MAB)
      b) Lampiran 2 – Air Asia
      c) Lampiran 3 – Malindo Airways

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

BULETIN TUNTUTAN BAYARAN BALIK KEPADA AGENSI PENERBANGAN (1)