Ruj. Kami: JANM.PRK.600-2/5/1 (2)
Tarikh : 29 Mei 2024
YBhg. Tan Sri Datuk Sri/ Datuk/ Dato' Tuan/Puan
PEMAKLUMAN PEMAKAIAN JADUAL PELUPUSAN REKOD KEWANGAN DAN PERAKAUNAN 2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan, Arkib Negara Malaysia telah selesai menyediakan dan mencetak buku Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023 yang akan digunapakai bagi tujuan pelupusan rekod-rekod kewangan dan perakaunan di kementerian,jabatan serta agensi yang terikat dengan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023).
2. Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan Edisi 2023 ini disediakan bagi tujuan menambahbaik kandungan, tempoh pemusnahan dan tindakan pelupusan yang selaras dengan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023.)
3. Untuk pengetahuan YBhg. Tan Sri Datuk Sri/ Datuk/ Dato' Tuan/Puan, tarikh kuatkuasa pemakaian Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023 ini adalah SERTA MERTA dan dengan ini penggunaan buku Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan edisi 2008 adalah terbatal. Sehubungan itu, pejabat awam hendaklah melaksanakan Tindakan pelupusan bagi rekod kewangan dan perakaunan yang telah mencapai tempoh simpanan yang telah ditetapkan dengan merujuk pada Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023.
4. YBhg. Tan Sri Datuk Sri/ Datuk/ Dato' Tuan/Puan, boleh merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan daripada laman sesawang Arkib Negara Malaysia (www.arkib.gov.my) dan rujuk carta aliran permohonan pelupusan Arkib (Lampiran 1).
Sekian, terima kasih.
UNIT NAZIRAN
JANM NEGERI PERAK