Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 TATACARA PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN DI BAWAH AP58(a) MELIBATKAN TAHUN KEWANGAN 2020

 

Ruj. Kami:  ANM.PK.D/600-2/5Jld1(7)

Tarikh   :    22 Februari 2021

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ 

Ketua Pusat Tanggungjawab 

 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

 

TATACARA PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN DI BAWAH AP58(a) MELIBATKAN TAHUN KEWANGAN 2020 

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Perak) telah mendapati bahawa Arahan Pembayaran yang disediakan oleh Jabatan/Pusat Tanggungjawab (PTJ) tidak memenuhi ciri-ciri pematuhan di mana kebanyakan PTJ menggunakan pelbagai nombor surat kelulusan, terdapat kesilapan pada tarikh invois dan kod akaun yang digunakan bagi pembayaran di bawah AP58(a). 

 

3. Lanjutan daripada perbincangan dalaman dan berdasarkan SOALAN LAZIM (FAQ) SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA(SPANM) BILANGAN 7 TAHUN 2018) yang telah dikemaskini 3 Februari 2021, rujukan kelulusan pada perihal Arahan Pembayaran bagi semua Jabatan/Pusat Tanggungjawab adalah tertakluk kepada garis panduan seperti di lampiran.

 

4. Sehubungan dengan itu JANM Perak berharap semua PTJ dapat menyediakan Arahan Pembayaran dengan tepat. Arahan Pembayaran yang tidak mengikut ketetapan seperti di atas akan dikuiri. Semua pembayaran yang memerlukan kelulusan AP58(a) perlu diselesaikan sebelum 30 April 2021. Sebarang permohonan selepas tarikh ini perlu dimajukan ke Kementerian Kewangan Malaysia, 

 

5. Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai unit Pengurusan Dana Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Perak ) seperti berikut:

 

Puan Nandini A/P Raja Gopal 05-2462111

Encik Rosli Bin Ahmad         05-2462150

Cik Santah A/P Supramani 05-2462162

Encik Mohd Redzuan Bin Shahidan 05-2462160

Puan Kezair A/P Eh Liee         05-2462157

 

6. Bersama-sama disertakan lampiran-lampiran yang berkaitan untuk rujukan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih. 

 

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK 

 

Lampiran AP58 buletin baru 2