Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2019 Arkib Pengumuman 2019 MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS

Ruj. Kami : ANM.PK.A 600-1/3 (30)

Tarikh: 15 Mei 2019

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan

 

MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa fungsi issue reporting dan que cardsistem Epiplex telah dihentikan dan tidak lagi berfungsi di server Epiplex. Sistem Epiplex ini adalah program yang di sekalikan dalam “Pakej Master Installer iGFMAS” semasa operasi pemasangan iGFMAS di semua PTJ.

Sehubungan itu,  PTJ diminta untuk  menyah-pasang (uninstall) aplikasi Epiplex daripada komputer pengguna-pengguna iGFMAS di PTJ masing-masing supaya komputer terlibat dapat berfungsi dengan lancar dan baik.

 

Bersama ini disertakan panduan untuk menyah-pasang Epiplex untuk rujukan tuan/puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERAK

 

MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS Windows 7 

 

MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS Windows 10