Ruj. Kami : JANM.PRK.600-1/1/1 (24)
Tarikh : 21 Mei 2025
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan
PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU BAGI PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (ZRPY071) DI DALAM SISTEM iGFMAS-HCM
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah membangunkan satu program baharu iaitu Pergerakan Gaji Tahunan (ZRPY071) bagi menggantikan program lama ZRPY070 di dalam sistem iGFMAS-HCM. Pembangunan program ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2024, Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2024.
3. Bersama-sama surat ini, dilampirkan Manual P+engguna bagi Pergerakan Gaji Tahunan (ZRPY071) untuk rujukan dan tindakan PTJ. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK