Ruj. Kami : ANM.PK.A 600-1/3 (30)
Tarikh: 15 Mei 2019
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa fungsi issue reporting dan que cardsistem Epiplex telah dihentikan dan tidak lagi berfungsi di server Epiplex. Sistem Epiplex ini adalah program yang di sekalikan dalam “Pakej Master Installer iGFMAS” semasa operasi pemasangan iGFMAS di semua PTJ.
Sehubungan itu, PTJ diminta untuk menyah-pasang (uninstall) aplikasi Epiplex daripada komputer pengguna-pengguna iGFMAS di PTJ masing-masing supaya komputer terlibat dapat berfungsi dengan lancar dan baik.
Bersama ini disertakan panduan untuk menyah-pasang Epiplex untuk rujukan tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS Windows 7
MENYAH-PASANG (UNINSTALL) PROGRAM EPIPLEX DARIPADA KOMPUTER iGFMAS Windows 10