Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 ARAHAN PENGGUNAAN SATU AKAUN BANK SAHAJA BAGI BAYARAN KEPADA PENJAWAT AWAM (KOD VENDOR EMPLOYEE) MELALUI MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) DAN MODUL ACCOUNT PAYABLE (AP)

Ruj.Kami : ANM.PK.KPP/600-3/1(19)
Tarikh : 21 DISEMBER 2023


Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Ybhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

ARAHAN PENGGUNAAN SATU AKAUN BANK SAHAJA BAGI BAYARAN KEPADA PENJAWAT AWAM (KOD VENDOR EMPLOYEE) MELALUI MODUL HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (HCM) DAN MODUL ACCOUNT PAYABLE (AP)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Edaran BPOPP Bilangan 3 Tahun 2023 bertarikh 29 Mac 2023 adalah berkaitan.

2.      Berdasarkan ketetapan surat edaran seperti yang dinyatakan di atas, adalah dimaklumkan bahawa penggunaan SATU akaun bank sahaja bagi pembayaran kepada penjawat awam melalui kod vendor EMPLOYEE untuk bayaran emolumen kepada Penjawat Awam melalui Modul Human Capital Management (HCM) – Payroll dan bayaran tuntutan perjalanan (TNT) serta tuntutan lain di Modul Account Payable (AP).

3.      Keutamaan pembayaran kepada penjawat awan bagi modul AP adalah menggunakan satu nombor akaun bank sahaja iaitu sumber data dari HCM. Sehubungan dengan itu, Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan, JANM Perak sedang melaksanakan kerja pengemaskinian maklumat bank bagi vendor EMP (EMPLOYEE) di Modul Account Payable (AP) – Portal iGFMAS berdasarkan data HCM EMP pegawai/kakitangan. Pengemaskinian tersebut akan dilaksanakan secara berfasa mulai bulan Disember 2023 sehingga Januari 2024.

4.      Sekiranya terdapat keperluan bagi menggunakan nombor akaun selain daripada sumber data HCM, pegawai melalui Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mendapat pengecualian daripada Pejabat Perakaunan di atas justifikasi tertentu. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan, JANM Perak di talian 05-2462107/134/141/143/144/145/146.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN, JANM PERAK
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) BULETIN PENUH

2) Surat_Edaran_BPOPP_Bil._3_Tahun_2023_Penggunaan_1_Akaun_Bank_EMPLOYEE_di_HCM_dan_AP_1