Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 TARIKH CUT-OFF BAGI PENERIMAAN BORANG WUJUD/ BATAL/ KEMASKINI AKAUN PUKAL DAN PENGELUARAN WPUA/ TIKET PENERBANGAN OLEH MALAYSIA AIRLINES BERHAD

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld.2 (59)
Tarikh : 15 November 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

TARIKH CUT-OFF BAGI PENERIMAAN BORANG WUJUD/ BATAL/ KEMASKINI AKAUN PUKAL DAN PENGELUARAN WPUA/ TIKET PENERBANGAN OLEH MALAYSIA AIRLINES BERHAD

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan menukar sistem perakaunan yang sedia ada (SAP ECC) ke sistem baharu iaitu SAP S4HANA. Terdapat beberapa aktiviti yang akan terlibat sepanjang tempoh proses penukaran sistem tersebut termasuklah penerimaan borang wujud, batal dan kemaskini akaun pukal (Kew.310E – Pin.1/2016).

3.      Bagi melancarkan proses tersebut, sebarang aktiviti yang melibatkan pengwujudan, pembatalan dan kemaskini akaun pukal hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 November 2023. Sistem baharu MAB SAP 4HANA akan berada di dalam 'blackout period' bermula 1 Januari 2024 sehingga 14 Januari 2024. Pada tempoh tersebut, Jabatan perlu menggunakan WPUA Bukan Pukal bagi pengeluaran tiket MAB melalui agensi pengembaraan. Pengeluaran WPUA online dan offline boleh diakses semula pada 15 Januari 2024.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) BULETIN CUT-OFF PENERIMAAN BORANG WUJUD BATAL KEMASKINI AKAUN PUKAL DAN PENGELUARAN WPUA TIKET PENERBANGAN