Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMAKLUMAN PERTUKARAN NOMBOR AKAUN PENERIMAAN BSN BAGI PEMBELIAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN SAGUHATI PERSARAAN

Ruj.Kami : ANM.PK.KPP.600-3/1(18)
Tarikh : 9 November 2023

Semua Ketua Jabatan Persekututan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr./ Tuan / Puan

PEMAKLUMAN PERTUKARAN NOMBOR AKAUN PENERIMAAN BSN BAGI PEMBELIAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN SAGUHATI PERSARAAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Selari dengan perubahan Dasar Bank Simpanan Nasional, adalah dimaklumkan Akaun Korporat BSN telah dipinda ke Akaun BSN Giro-I Premium Korporat.

3.      Akaun Korporat BSN di Maybank 564490101331 akan ditutup dan digantikan Akaun yang baru sepertimana dibawah untuk kegunaan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak.

4.      Pindaan ini adalah melibatkan medium pindahan dana bagi urusan pembelian SSP APC dan saguhati persaraan berkuatkuasa serta-merta. Maklumat akaun adalah seperti dibawah:

                            Nama Bank : Bank Simpanan Nasional
                            No Akaun : 14100-41-10014200-7
                            Jenis Akaun : Giro-I Premium Korporat

5.      Dikemukakan bersama adalah butiran lanjut untuk rujukan pihak puan seperti di lampiran 1.

6.      Segala kerjasama Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr./ Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN
JANM PERAK
9 NOVEMBER 2023

1) BULETIN BSN

2) SURAT PEMAKLUMAN BSN

3) LAMPIRAN 1 - MAKLUMAT AKAUN BSN