Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 5 TAHUN 2023 – TATACARA PENGURUSAN BAYARAN

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(58)
Tarikh : 06 November 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (SPANM) BILANGAN 5 TAHUN 2023 – TATACARA PENGURUSAN BAYARAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) bilangan 5 tahun 2023 - Tatacara Pengurusan Bayaran bertarikh 30 Oktober 2023. Surat pekeliling ini bertujuan
memberi garis panduan mengenai tatacara pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan dan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023).

3.      Bersama-sama ini dikemukakan pautan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023 untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

         https://www.anm.gov.my/arkib-pengumuman/pengumuman/2023/arkib-berita-pengumuman-2023/11706-surat-pekeliling-akauntan-negara-malaysia-spanm-bil-5-tahun-2023-tatacara-pengurusan-bayaran

4.      Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling ini, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan dokumen berikut adalah dibatalkan:

         4.1      Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 7 Tahun 2018 rujukan ANM(T) 81/10/6/10 (47) bertarikh 24 Oktober 2018 berkaitan Tatacara Pengurusan Bayaran;

         4.2      Soalan Lazim (FAQ) Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 7 Tahun 2018 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11Jld.2(10) bertarikh 3 Februari 2021 berkaitan Tatacara Pengurusan Bayaran; dan

         4.3      Perenggan 3 dan 4 Soalan Lazim (FAQ) Penyelenggaraan Laporan Kewangan Dan Perakaunan rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.4 (7) bertarikh 24 Jun 2022 berkaitan Tatacara Pengurusan Bayaran.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PERAK

1) BULETIN SPANM BIL 5 TAHUN 2023_6.11.2023