Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN SECOND VALIDATION PEMBAYARAN EMOLUMEN PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAAN

Ruj.Kami : ANM.PK.KPP.600-3/1(17)
Tarikh : 10 Ogos 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN SECOND VALIDATION PEMBAYARAN EMOLUMEN PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.      Sebagaimana Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan semakan tambahan (second validation) bermula dengan pembayaran emolumen Pegawai Awam Perseketuan mengikut bank secara berperingkat, Inisiatif ini adalah tujuan untuk mengukuhkan akautabiliti dan intergriti proses pembayaran Kerajaan dan memastikan pembayaran disalurkan kepada penerima yang sebenar.

3.      Sehubungan dengan itu, bank Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan adalah dipilih untuk pelaksanaan semakan tambahan bayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan bagi Fasa Dua (i) yang akan dilaksanakan bermula September 2023. Bersama –sama ini dikemukakan surat Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan rujukan JANM.BKP.600-14/1/8 Jld.10(14) bertarikh 31 Julai 2023 dan Surat Edaran BPOPP Bilangan 1 Tahun 2023 untuk makluman Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan.

4.      Segala kerjasama Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN
JANM NEGERI PERAK
10 OGOS 2023

1) BULETIN SECOND VALIDATION

2) SURAT EDARAN SECOND VALIDATION