Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PENYERAGAMAN PERIHAL BAGI BAYARAN - KETIADAAN MAKLUMAT NOMBOR KAD KREDIT KORPORAT DI NOTIFIKASI iGFMAS BAGI PEMBAYARAN KAD KREDIT KORPORAT

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(50)
Tarikh: 04 Ogos 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

PENYERAGAMAN PERIHAL BAGI BAYARAN - KETIADAAN MAKLUMAT NOMBOR KAD KREDIT KORPORAT DI NOTIFIKASI iGFMAS BAGI PEMBAYARAN KAD KREDIT KORPORAT

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan para 5.3.2(4) Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2022 : Penggunaan Kad Kredit Korporat
Kerajaan Di Kementerian/Jabatan bertarikh 21 Disember 2022 adalah berkaitan.

2.      Untuk makluman YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab menyatakan dengan lengkap pada ruangan perihal Arahan Pembayaran
(Invois Tanpa Pesanan Tempatan - K2) bagi rujukan pihak bank untuk proses reconciliation apabila bayaran telah diterima. Berikut adalah maklumat penting yang perlu diisi:
{ Nombor akaun kad, bulan dan tahun tuntutan }

3.      PTJ hendaklah memastikan perihal bayaran adalah lengkap dan tepat. Sekiranya PTJ gagal mematuhi garis panduan yang dikeluarkan, Arahan Pembayaran akan dikuiri oleh
pihak Pejabat Perakaunan.

4.      Kerjasama daripada YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) BULETIN PEMBAYARAN KAD KREDIT KORPORAT