Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PEMBAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN TAHUN 2023

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2JLD.5(23)
Tarikh : 3 Ogos 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS PENGHARGAAN PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN TAHUN 2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.800-3/2/4(33) bertarikh 1 Ogos 2023 - Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023, surat Kementerian Kewangan Malaysia, MOF.600-40/3/3 JLD2(8)(S) bertarikh 2 Ogos 2023 - Bantuan Khas Penghargaan Kepada Individu Contract For Service Tahun 2023 serta Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 4 Tahun 2023 – Peraturan Bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 adalah berkaitan.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas Penghargaan (BKP) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan tahun 2023 berjumlah RM300.00 akan dibayar kepada pegawai yang layak tertakluk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibayar pada 10 Ogos 2023 (Khamis).

3.      Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan adalah diminta mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan dengan merujuk kepada surat ANM.PK.G.600-1/1/2 JLD.5(23) bertarikh 3 Ogos 2023 - Arahan Pembayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 seperti di lampiran.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) SRT ARAHAN PEMBAYARAN BKP OGOS 2023