Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI TERIMAAN JANM NEGERI PERAK (ez-IEMA)

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 JLD.2 (44)
Tarikh: 31 Mei 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAKLUMAN PENGGUNAAN APLIKASI TERIMAAN JANM NEGERI PERAK (ez-IEMA)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa JANM Negeri Perak telah menyediakan satu aplikasi Ez Incoming EFT Monitoring App (ez-IEMA) yang bertujuan untuk memudahkan Pusat Tanggungjawab (PTJ) membuat semakan bayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT) yang telah dimasukkan ke dalam akaun Terimaan JANM Perak.

3.      Jesteru, bermula pada 1 Jun 2023, pihak JANM Negeri Perak tidak lagi akan menghantar emel bagi memaklumkan penerimaan bayaran secara EFT kepada PTJ. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh mengakses aplikasi tersebut melalui pautan https://sites.google.com/anm.gov.my/ez-iema dan merujuk kepada manual Panduan Pengguna yang disertakan. Sebarang pertanyaan lanjut YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Syafina ditalian 05-2462185 atau Encik Faidzal ditalian 05-2462193.

4.      Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) ez-IEMA_Manual Panduan Pengguna (1)