Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN MEI 2023

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld 2(42)
Tarikh: 29 Mei 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN MEI 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 31 Mei 2023 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.

3.      Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan PTJ pada 31 Mei 2023 bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga jam 11.59 tengah malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Jun 2023.

4.      Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) Peringatan Bulanan Proses Perakuan 2 Bulan Mei 2023