Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PERMOHONAN PENGHANTARAN AP58(a) JABATAN BAGI TUJUAN KELULUSAN PEMBAYARAN
Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(29)
Tarikh        :  20 Januari  2023
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

PERMOHONAN PENGHANTARAN AP58(a) JABATAN BAGI TUJUAN KELULUSAN PEMBAYARAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat MOF.NBO(S)600-9/1/1 JLD.3(37) bertarikh 17 Januari 2023 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada peraturan semasa, pihak Pusat Tangungjawab di bawah seliaan Kementerian hanya boleh memproses bayaran AP58(a) selepas Akaun Kerajaan Persekutuan tahun berkenaan dimuktamadkan. Sehubungan dengan itu, bagi memudahcara proses bayaran AP58(a) tahun 2022 Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui surat rujukan di atas telah bersetuju untuk:

(i)         membenarkan Kementerian yang masih mempunyai baki peruntukan tahun 2022 membuat pembayaran AP58(a) tanpa perlu menunggu akaun awam tahun 2022 dimuktamadkan. Kementerian boleh menggunakan maklumat baki akhir dalam vot seliaan masing-masing untuk mendapatkan kelulusan AP58(a); dan

(ii)        semua pembayaran AP58(a) hendaklah selesai sebelum atau pada 30 April 2023 dan sebarang pembayaran selepas tarikh tersebut hendaklah mendapat kelulusan MOF.

3.         Justeru, kerjasama daripada YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diminta untuk mematuhi arahan ini dan juga Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 7/2018 (Lampiran B : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP58(a) Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas) sebelum mengemukakan permohonan sijil AP58(a) kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak bagi mengelakkan sijil tersebut dikuiri.

Perhatian dan komitmen YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini adalah amat diharapkan  bagi memastikan pembayaran AP58(a) berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK

1) BULETIN AP58a 2023 (1) sah