Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 ARAHAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Ruj.Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2 JLD.5(1)
Tarikh : 5 JANUARI 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

ARAHAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.800-3/2/4(17) bertarikh 27 Disember 2022 - Bantuan Khas Kewangan 2022, surat Kementerian Kewangan Malaysia, MOF.DS(S)600-40/3/3(43) bertarikh 29 Disember 2022 - Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 kepada Individu Contract For Service serta Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 6 Tahun 2022 – Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 adalah berkaitan.

2.      Sepertimana Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan maklum, Bantuan Khas Kewangan (BKK) tahun 2023 berjumlah RM700.00 akan dibayar kepada pegawai yang layak tertakluk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibayar bersekali dengan bayaran emolumen bulan Januari iaitu pada 17 Januari 2023 (Selasa).

3.      Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan adalah diminta mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan dengan merujuk kepada surat ANM.PK.G.600-1/1/2 JLD.5(1) bertarikh 4 Januari 2023 - Arahan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2023 seperti di lampiran.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) SURAT ARAHAN PEMBAYARAN BKK 2023