Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2023

Ruj.Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2 JLD.4(77)
Tarikh : 17 November 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2023

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 4 Tahun 2022, Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023 adalah berkaitan.

2.      Sukacita menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan mengenai SPANM Bilangan 4 Tahun 2022 adalah bertujuan untuk memaklumkan:-

         2.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023; dan

         2.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/ Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

3.      Pekeliling ini hendaklah dibaca dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.

4.      Sehubungan dengan ini, dilampirkan SPANM tersebut untuk makluman kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Jadual Input Gaji Modul Human Capital Management (HCM) Peringkat PTJ bagi Tahun 2023 akan diedarkan secara berasingan.

5.      Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) BULETIN TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN 2023

2) SPANM_Tarikh_dan_Peraturan_Pembayaran_Emolumen_Tahun_2023