Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENGEMASKINIAN PELAKSANAAN SEKATAN ROLE PUSAT TANGGUNGJAWAB KE ATAS 56 KOD POTONGAN GAJI BAGI AGENSI POTONGAN GAJI DAN LOAN MANAGEMENT SYSTEM

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4( 75 )
Tarikh : 3 Oktober 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN PELAKSANAAN SEKATAN ROLE PUSAT TANGGUNGJAWAB KE ATAS 56 KOD POTONGAN GAJI BAGI AGENSI POTONGAN GAJI DAN LOAN MANAGEMENT SYSTEM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Untuk makluman, pengemaskinian pelaksanaan sekatan kod-kod potongan gaji bagi role pengguna di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah dilaksanakan dengan melibatkan 56 kod iaitu 46 kod potongan Agensi Potongan Gaji (APG) dan 10 kod potongan Modul LMS (Loan Management System).

3.      Kawalan sekatan ini dilaksanakan di dalam Sistem HCM iGFMAS kerana semakan mendapati masih ada PTJ melakukan perubahan ke atas rekod-rekod potongan gaji yang telah selesai diproses oleh Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP).

4.      Oleh yang demikian, sekiranya terdapat senario yang melibatkan penyelesaian pembayaran penuh dan bagi mengelakkan pemotongan berganda, pihak PTJ perlu membuat permohonan tindakan penamatan (delimit) rekod potongan bersama-sama dokumen sokongan daripada pihak APG ke Unit Gaji, Jabatan Akauntan Negeri Perak (JANM Perak) melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5.      Bersama-sama ini dilampirkan Senarai Kod Potongan Gaji yang dikawal melalui sekatan ke atas role PTJ dari membuat sebarang tindakan Create/Change/Delete/Delimit di skrin Maintain Master Data (PA30) untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/ puan.

6.      Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) Buletin SEKATAN ROLE PTJ APG

2) Senarai Sekatan ke atas 56 Kod Potongan Gaji iGFMAS bagi Role PTJ (1)