Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 MAKLUMAN PENYERAGAMAN KOD AKAUN CARTA ASAS AKRUAN BAGI PUSAT TANGGUNGJAWAB DI BAWAH PEJABAT PERAKAUNAN NEGERI PERAK

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld2 (18)
Tarikh: 29 September 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAKLUMAN PENYERAGAMAN KOD AKAUN CARTA ASAS AKRUAN BAGI PUSAT TANGGUNGJAWAB DI BAWAH PEJABAT PERAKAUNAN NEGERI PERAK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Selaras dengan penetapan Kod Akaun Carta Asas Akruan daripada Ibu Pejabat JANM, Pejabat Perakaunan telah memuat naik senarai kod akaun tersebut di laman portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perak.

3.      Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diminta untuk memastikan kod ini digunapakai :

          i) sebagai sumber rujukan semasa penyediaan dokumen kewangan;

          ii) dalam semua urusan transaksi kewangan;

          iii) secara konsisten di semua PTJ; dan

          iii) bagi mengelakkan PTJ daripada membuat kesilapan yang boleh mengakibatkan dokumen kewangan dikuiri oleh Pejabat Perakaunan.

4.      Semua PTJ diminta untuk melayari Portal JANM Negeri Perak bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kod akaun yang telah diseragamkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi Buletin di Portal JANM Negeri Perak.

5.      Bersama-sama ini dilampirkan senarai kod akaun untuk rujukan dan makluman PTJ. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan ke atas perkara ini adalah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) SURAT BLAST CAA PTJ

2) CAA BLAST KE PTJ 03 SEPT 2022