Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(73)
Tarikh : 20 September 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Untuk makluman YBhg.Datuk/Dato’/Datin/YBrs.Dr/Tuan/Puan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) boleh diakses dengan ciri keselamatan baharu
seperti berikut:

     a) Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem;

     b) Pematuhan kepada kriteria keselamatan baharu kata laluan;

     c) Penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan;

     d) Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan (Berkuatkuasa 15 September 2022);

     e) Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat bagi mengakses sistem semula dan;

     f) Sekiranya tidak menerima kata laluan sementara semasa penukaran kata laluan dilaksanakan, emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

3.      Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs.Dr/Tuan/Puan ePayslip JANM Mobile yang telah ditutup capaian pada masa ini dijangka akan beroperasi semula bermula Disember 2022 dengan ciri kawalan keselamatan terkini.

4.      Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK