Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 SEMAKAN DOKUMEN PEMBAYARAN SISTEM iGFMAS OLEH PERAKU 1 DAN 2

Ruj.Kami : ANM.PK.KPP.600-3/1(8)
Tarikh : 01 Julai 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

SEMAKAN DOKUMEN PEMBAYARAN SISTEM iGFMAS OLEH PERAKU 1 DAN 2

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.      Sebagaimana Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bilangan 2 Tahun 2022 telah dikeluarkan untuk pelaksanaan semakan tambahan (second validation) bagi pembayaran Kerajaan melalui pindahan dana elektronik.

3.      Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak sedang melaksanakan pengemaskinian maklumat penerima bayaran sistem iGFMAS secara berperingkat-peringkat.

4.      Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Peraku 1 dan Peraku 2 di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk membuat semakan teliti keatas maklumat penerima bayaran pada dokumen pembayaran Sistem iGFMAS semasa proses Peraku 1 dan Peraku 2 dibuat bagi mengelakkan penolakan EFT daripada berlaku. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

  •  Nama Penuh
  •  Nombor Kad Pengenalan
  •  Nama Bank
  •  Kod Bank/Swiftcode (mestilah mengikut swiftcode asal bank iaitu Conventional / Islamic)
  •  Nombor Akaun Bank (mestilah nombor akaun bank terkini)

5.      Pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) dikehendaki untuk mengemaskini maklumat data induk pembekal mengikut tatacara yang telah diedarkan oleh JANM Perak menerusi pautan:https://perak.anm.gov.my/index.php/arkib-perak/pengumuman/2021/arkib-pengumuman-2021/10282-ralat-edaran-lca-bil-2-tahun-2021-penambahbaikan-proses-penyelenggaraan-maklumat-kod-pembekal-di-portal-igfmas

6.      Segala kerjasama Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN
JANM NEGERI PERAK