Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 KESILAPAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI BAYARAN AP58(a)

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 Jld2 (3)
Tarikh: 27 Mei 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

KESILAPAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI BAYARAN AP58(a)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Berdasarkan kepada pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (PKKP) Tahun 2021 bagi bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan (AP58a), Rujukan Surat Jabatan Audit Negara : AUDIT/ SAK:KEW/81/7/2021(11) bertarikh 29 April 2022, penemuan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara adalah seperti berikut :

.....baucar bayaran mengandungi maklumat tahun perkhidmatan/ bekalan yang tidak tepat pada ruangan “Tahun Perkhidmatan” dan baucar bayaran merekodkan tahun perkhidmatan/ bekalan yang tidak tepat di ruangan perihal bayaran…..

3.     Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diminta untuk memastikan ketepatan tahun dan perihal semasa mengunci masuk maklumat tersebut di Arahan Pembayaran. Semakan juga perlu dilakukan oleh pegawai yang menyedia dan memperakukan Arahan Pembayaran agar kesilapan seperti di Lampiran 1 tidak berulang pada masa akan datang. Bersama-sama ini dilampirkan Lampiran 1 untuk rujukan PTJ. Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berkenaan dengan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) KESILAPAN KUNCI MASUK MAKLUMAT ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM i GFMAS OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI BAYARAN AP58(a)

2) LAMPIRAN 1 - MAKLUMAT TAHUN BAGI BAYARAN AP58(a)