Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK KEY (SWIFT CODE) BAGI ISLAMIC AKAUN BANK INFOTYPE 0009 – BANK DETAIL

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(63)

Tarikh       : 10 Mei 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BANK KEY (SWIFT CODE) BAGI ISLAMIC AKAUN BANK INFOTYPE 0009 – BANK DETAIL

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa penambahbaikan sistem iGFMAS HCM telah dibuat bagi membenarkan bank key (swift code) untuk islamik akaun bank dapat dikunci masuk.

3.         Oleh yang demikian, mohon kerjasama semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk membuat pengemaskinian/perubahan kepada bank key islamic di sistem iGFMAS HCM pada Infotype 0009 (Bank Detail) berdasarkan dokumen sokongan daripada pegawai. Tindakan pengemaskinian menggunakan kod transaksi PA30 perlu dibuat selewat-lewatnya 31 Mei 2022 (Selasa) melalui perubahan gaji bulan Jun 2022. PTJ perlu menyediakan Borang Perubahan Gaji Kew. 320 (SG20) untuk perubahan ini.

4.         Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERAK