Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PEMBUKAAN SEKATAN OVERBAJET BAGI OS17000 UNTUK BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2022

Ruj.Kami : ANM.PK.P/P.600-1/1/2JLD.4(60)
Tarikh : 15 April 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs Dr/ Tuan/ Puan,

PEMBUKAAN SEKATAN OVERBAJET BAGI OS17000 UNTUK BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs Dr/ Tuan/ Puan pembayaran overbajet OS17000 bagi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2022 di sistem iGFMAS telah dibenarkan melalui modul Arahan Pembayaran iGFMAS, jenis dokumen Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (K2) kepada penerima bayaran yang tiada di dalam sistem HCM. Ini selaras dengan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa sebarang keperluan peruntukan tambahan akan diselaraskan oleh Perbendaharaan pada akhir tahun 2022.

3.      Sehubungan dengan itu, sekatan overbajet akan dibuka mulai 20 April (Rabu) sehingga 29 April 2022 (Jumaat). Sila pastikan penggunaan kod akaun adalah betul bagi pembayaran BKKA ini dengan berpandukan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2022 – Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2022. PTJ hendaklah memastikan pembayaran BKKA Tahun 2022 ini disemak rapi agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang keciciran pembayaran dalam tempoh pembukaan sekatan overbajet hendaklah disempurnakan melalui HCM pada bulan berikutnya. PTJ adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pembayaran BKKA Tahun 2022 tidak dibuat pembayaran dua (2) kali kepada pegawai yang layak.

4.      Sila nyatakan nombor rujukan buletin ini dan tarikh Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew. 8) di ruangan Perihal Bayaran semasa menyediakan Arahan Pembayaran (K2) iGFMAS ini. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs Dr/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

BULETIN BKKA TANPA PERUNTUKAN TAHUN 2022