Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PEMBAYARAN EMOLUMEN PEKERJA BERGAJI HARI (TERMASUK UPAH MYSTEP) BAGI BULAN APRIL 2022

Ruj.Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2Jld.4 ( 58 )
Tarikh : 13 April 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs Dr/ Tuan/ Puan,

PEMBAYARAN EMOLUMEN PEKERJA BERGAJI HARI (TERMASUK UPAH MYSTEP) BAGI BULAN APRIL 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan YBhg. Datuk Dr. ANM telah meluluskan Permohonan Pengecualian Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2021 – Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022 bagi Pembayaran Emolumen Pekerja Bergaji Hari (Termasuk upah MySTEP) bulan April 2022 diproses dan dibayar bermula 26 April 2022.

3.      Sehubungan dengan itu, pembayaran emolumen pekerja bergaji hari bulan April 2022 yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer – Modul Daily Rated (HCM iGFMAS) dibenarkan untuk diproses dan dibayar bermula 26 April 2022 dengan mengambilkira ketetapan Arahan Perbendaharaan 105 yang membenarkan pembayaran emolumen kepada pekerja bergaji hari dibayar lebih awal iaitu tidak lebih daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh hari perayaan yang berkenaan (Tarikh Sambutan Hari Raya Aidilfitri ialah pada 3 Mei 2022).

4.      Pengecualian ini juga dipanjangkan untuk pembayaran emolumen pekerja bergaji hari yang tidak diproses melalui Sistem Emolumen Berkomputer iaitu yang dibayar melalui Arahan Pembayaran dan tertakluk kepada perenggan 3.1.5 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia BIl. 5 Tahun 2021.

5.      Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan bahawa pengecualian ini hanya terpakai untuk pembayaran emolumen pekerja bergaji hari bagi bulan April 2022 sahaja. Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Input Gaji iGFMAS Daily Rated (melalui Modul HCM) dan Arahan Pembayaran bagi bulan April 2022.

6.      Komitmen dan kerjasama PTJ diperlukan dalam mematuhi arahan ini bagi memastikan pembayaran dapat diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

BULETIN_PEMBAYARAN_GAJI_PEKERJA_BERGAJI_HARI_TERMASUK_MYSTEP_BAGI_BULAN_APRIL_2022