Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 TANGGUNGJAWAB PUSAT TANGGUNGJAWAB / PUSAT PEMBAYAR GAJI BAGI MENGELAKKAN LEBIHAN BAYARAN EMOLUMEN

Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-/1/1/2JLD.4(54)
Tarikh : 3 Mac 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

TANGGUNGJAWAB PUSAT TANGGUNGJAWAB / PUSAT PEMBAYAR GAJI BAGI MENGELAKKAN LEBIHAN BAYARAN EMOLUMEN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan, Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 1 Tahun 2020.

3.      Selaras dengan SPANM tersebut, didapati masih berlaku kesilapan emolumen terlebih bayar di Pusat Tanggungjawab (PTJ) / Pusat Pembayar Gaji. Sebagai langkah dalam memastikan TIADA LEBIHAN BAYARAN EMOLUMEN, PTJ/Pusat Pembayar Gaji hendaklah mengambil tindakan serius terhadap tanggungjawab PTJ/Pusat Pembayar Gaji yang dinyatakan di Lampiran 2. Perlu diingatkan Lampiran 2 ini hendaklah dibaca bersekali dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2020.

4.      Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) LAMPIRAN 2