Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 KEMASKINI INFOTYPE 0105 – COMMUNICATION (ALAMAT EMEL DAN NOMBOR TELEFON BIMBIT)

Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-/1/1/2JLD.4(52)
Tarikh : 7 Februari 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

KEMASKINI INFOTYPE 0105 – COMMUNICATION (ALAMAT EMEL DAN NOMBOR TELEFON BIMBIT)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Berdasarkan semakan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Negeri Perak) mendapati terdapat nombor gaji yang tidak dilengkapkan dengan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit pada Infotype 0105 – communication di dalam sistem Human Capital Management (HCM).

3.      Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diminta untuk mengemaskini alamat e-mel dan nombor telefon bimbit bagi nombor gaji seperti di senarai yang dilampirkan. PTJ WAJIB mengemaskini infotype tersebut selewat-lewatnya pada 25 Februari 2022 (Jumaat) melalui perubahan gaji bulan Mac 2022. PTJ perlu menyediakan Borang Perubahan Gaji Kew. 320 (SG20) untuk perubahan ini.

4.      Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

SENARAI NO. GAJI YANG TIADA EMEL DAN NO. TEL