Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI PENYEDIAAN KEW. 320 (SG20) DAN SEMAKAN LAPORAN DI PTJ BAGI MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-/1/1/2JLD.4(50)
Tarikh : 24 Januari 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

SOAL SELIDIK TAHAP PENGETAHUAN PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI PENYEDIAAN KEW. 320 (SG20) DAN SEMAKAN LAPORAN DI PTJ BAGI MENGENALPASTI KEPERLUAN LATIHAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1/2020 - Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan, Borang Perubahan Gaji (Kew.320-Pin.1/2019) hendaklah disemak dan disahkan agar maklumat yang dilengkapkan adalah tepat, betul dan selari di dalam Sistem iGFMAS.

3.    Soal Selidik ini bertujuan mendapatkan informasi mengenai tahap kesedaran PTJ bagi meningkatkan kompetensi dan pengetahuan pegawai yang mengendalikan proses emolumen di PTJ.

4.    Soal Selidik ini hendaklah diisi dan dilengkapkan sekali sahaja oleh Ketua Pusat Pembayar Gaji (Pay Centre) melalui sesi soal jawab dengan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pembayaran emolumen di PTJ. Kerjasama PTJ untuk melengkapkan soal selidik ini selewat-lewatnya pada 26 Januari 2022 (Rabu) melalui link seperti di bawah:
https://docs.google.com/forms/d/1-dD2-FfON6SbC1AI9NQNm4AqXNuwpBtst1cl-pZKMvM/edit

5.    PTJ hendaklah memberi maklum balas setelah selesai melengkapkan soal selidik tersebut melalui link seperti di bawah:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1FrfDcfi2Sz4ow92zOUpzGdSDYHe87Qn6o5AXxvp3zWM/edit?usp=sharing

6.    Keprihatinan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK