Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TANPA PERUNTUKAN TAHUN 2022 MELALUI ARAHAN PEMBAYARAN iGFMAS

Ruj.Kami : ANM.PK.P/P.600-1/1/2JLD.4(49)
Tarikh : 20 Januari 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TANPA PERUNTUKAN TAHUN 2022 MELALUI ARAHAN PEMBAYARAN iGFMAS

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan, sekatan overbajet OS17000 telah dibuka mulai 19 Januari sehingga 31 Januari 2022 bagi pembayaran melalui Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Tempatan (K2) di iGFMAS. Sebagai peringatan, Pusat Tanggungjawab hendaklah memastikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) disemak dengan teliti agar tiada keciciran bagi pegawai yang layak dan bayaran BKK tersebut hendaklah disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Sila pastikan penggunaan kod akaun adalah betul dan tepat bagi pembayaran BKK ini dengan merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2022 – Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022.

3.    Sehubungan dengan itu, bagi pegawai yang masih tercicir disebabkan kelayakan hanya diluluskan selepas syarat vaksin dipatuhi sepertimana arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran BKK ini boleh dibuat melalui payroll bulan berikutnya dengan memastikan kawalan terhadap bayaran sekali sahaja (One Time Payment).

4.   Sila nyatakan nombor rujukan buletin ini dan tarikh Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew. 8) di ruangan Perihal Bayaran semasa menyediakan Arahan Pembayaran (K2) iGFMAS ini. Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK