Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 Buletin AP58(a)

Ruj.Kami : ANM.PK.D/600-2/5Jld1(5)

Tarikh : 8 Februari 2021

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

PERMOHONAN PENGHANTARAN DAN GARIS PANDUAN TERKINI TATACARA PENGURUSAN PEMBAYARAN DI BAWAH AP58(a)

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Untuk makluman Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Perak) ingin memaklumkan tarikh akhir bagi semua pembayaran yang memerlukan kelulusan AP58(a) telah dilanjutkan sehingga 30 APRIL 2021. Sebarang permohonan kelulusan AP58(a) selepas tarikh ini perlu dihantar ke Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan kelulusan pembayaran. Sebelum mengemukakan kelulusan sijil AP58(a) kepada JANM Perak semua Jabatan/Pusat Tanggungjawab perlu merujuk dan meneliti SOALAN LAZIM (FAQ) SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA(SPANM) BILANGAN 7 TAHUN 2018 JANM.BKP.600-14/1/11Jld.2(10) yang telah dikemaskini pada 3 Februari 2021. Soalan lazim dari muka surat 5 hingga 18 telah menyatakan tatacara, borang terkini dan contoh pembayaran yang memerlukan kelulusan pembayaran di bawah AP58(a).

 

3.     Sehubungan dengan itu hanya situasi pembayaran yang memerlukan kelulusan pembayaran AP58(a) sahaja dihantar ke JANM Perak. Sekiranya situasi pembayaran tidak tertakluk kepada kelulusan pembayaran AP (58a) seperti di soalan lazim maka borang kelulusan tidak perlu dihantar ke JANM Perak. Pembayaran yang tidak memerlukan kelulusan AP58(a) perlu dicatat no rujukan JANM.BKP.600-14/1/11Jld.2(10) kemaskini 3 Februari 2021 ketika menyediakan Arahan Pembayaran di sistem iGFMAS.

 

4.     Sebarang perubahan kepada tatacara dan tarikh akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi buletin portal JANM Perak dan blast whatsapp kepada semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab

 

5.     Disertakan di sini lampiran soalan lazim dan garis panduan tatacara pengurusan bayaran di bawah AP58(a) yang memerlukan kebenaran khas.

 

6.     Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

 

FAQ SPANM BAYARAN 3 FEBRUARI 2021a