Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 BULETIN PENGENDALIAN INSIDEN

Ruj. Kami : ANM.PK.KPP.600-3/1(3)

Tarikh : 03 Februari 2021

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

PENGENDALIAN INSIDEN DALAM TEMPOH AKTIVITI NAIK TARAF iGFMAS SERVICE DESK (SOLMAN) - 04 FEBRUARI 2021 HINGGA 07 FEBRUARI 2021

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan melaksanakan aktiviti naik taraf iGFMAS Service Desk (SOLMAN) pada 04 hingga 07 Februari 2021. Sehubungan itu, iGFMAS Service Desk (SOLMAN) tidak dapat diakses sepanjang aktiviti naik taraf ini dijalankan. Walau bagaimanapun, Portal dan SAPGUI iGFMAS masih boleh diakses seperti biasa. Maklumat mengenai aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

 

         Tarikh/ Masa bermula: 4 Februari 2021 (Khamis) / 9.00 pagi

 

         Tarikh/ Masa tamat: 7 Februari 2021 (Ahad) / 3.30 petang

 

3.     Sehubungan dengan itu, sebarang aduan atau permohonan capaian pengguna Sistem iGFMAS dalam tempoh tersebut boleh dibuat melalui emel. End User/Pelapor perlu menghantar emel aduan iGFMAS atau permohonan capaian pengguna Sistem iGFMAS kepada Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan, JANM Perak di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sila rujuk lampiran Tatacara Log Dan Kemaskini Aduan iGFMAS Melalui Emel. End User/Pelapor adalah diminta untuk melampirkan Template Aduan iGFMAS yang lengkap bersama dokumen sokongan.(seperti contoh ralat permasalahan yang berlaku, borang permohonan capaian dan lain-lain) semasa menghantar emel kepada jabatan ini.

 

4.     Mohon Kerjasama untuk mematuhi tatacara ini bagi mengelakkan tindakan kuiri oleh JANM Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan JANM Perak di talian 05-2462 120/ 140/ 142/ 144

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN
JANM NEGERI PERAK

 

TATACARA PENGENDALIAN INSIDEN