Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PERMOHONAN PENGHANTARAN AP58(a) JABATAN BAGI TUJUAN KELULUSAN PEMBAYARAN

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 Jld 1(47)

Tarikh      :  18 Februari 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

PERMOHONAN PENGHANTARAN AP58(a) JABATAN BAGI TUJUAN KELULUSAN PEMBAYARAN

Dengan hormatnya perkara di atas  adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, semua pembayaran AP58(a) hendaklah diselesaikan sebelum atau selewat-lewatnya pada 30 April 2022. Sebarang permohonan kelulusan AP58(a) selepas tarikh ini perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

3.         Kerjasama daripada YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah diminta untuk mematuhi Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 7/2018 (Lampiran B : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP58(a) Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas) sebelum mengemukakan permohonan sijil AP58(a) kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak bagi mengelakkan sijil tersebut dikuiri.

4.         Perhatian dan komitmen YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini adalah amat diharapkan  bagi memastikan pembayaran AP58(a) berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK