Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PEMBATALAN / HAPUS PESANAN KERAJAAN YANG BELUM BERSTATUS 80 BAGI PERUNTUKAN MENGURUS (OE) DAN PEMBANGUNAN (DE)

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 1(42)
Tarikh : 3 Disember 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk / Dato'/ Datin /Tuan / Puan,

PEMBATALAN / HAPUS PESANAN KERAJAAN YANG BELUM BERSTATUS 80 BAGI PERUNTUKAN MENGURUS (OE) DAN PEMBANGUNAN (DE)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.       Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 6 Tahun 2021 berhubung dengan urusan penutupan akaun dan penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan 2021, semua Ketua Jabatan adalah diminta untuk memastikan proses pembayaran dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan mematuhi arahan kewangan yang berkuatkuasa.

3.       Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk / Dato'/ Datin /Tuan / Puan adalah dipohon untuk membuat semakan dan memastikan Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan membuat proses pembatalan / hapus ke atas pesanan kerajaan yang belum berstatus 80 bagi peruntukan mengurus (OE) dan pembangunan (DE) dengan kadar segera.

4.       Perhatian dan komitmen daripada YBhg. Datuk / Dato'/ Datin /Tuan / Puan amatlah diharapkan untuk memastikan kelancaran penutupan akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK