Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 MAKLUMAT DOKUMEN ARAHAN PEMBAYARAN YANG BERSTATUS 80 DAN TIADA NOMBOR EFT BAGI PERUNTUKAN SELAIN PEMBANGUNAN (DE)

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 1(41)
Tarikh : 1 Disember 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAKLUMAT DOKUMEN ARAHAN PEMBAYARAN YANG BERSTATUS 80 DAN TIADA NOMBOR EFT BAGI PERUNTUKAN SELAIN PEMBANGUNAN (DE)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.      Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 6 Tahun 2021 berhubung dengan urusan penutupan akaun dan penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan 2021, semua Ketua Jabatan adalah diminta untuk memastikan proses pembayaran dibuat mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan mematuhi arahan kewangan yang berkuatkuasa.

3.      Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat semakan dan memastikan Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan melengkapkan maklumat berkenaan arahan pembayaran yang telah berstatus 80 namun masih tiada nombor EFT bagi peruntukan selain pembangunan (DE) seperti di Lampiran A. Sila e-melkan ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya 1 Disember 2021 jam 4.30 petang.

4.      Perhatian dan komitmen daripada YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah diharapkan untuk memastikan tiada arahan pembayaran bagi tahun 2021 yang tidak sempurna dan kelancaran penutupan akaun Kerajaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

Lampiran A