Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 BULETIN MAKLUMAN PENGECUALIAN PENYERAHAN PENYATA PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH (PPAA) SECARA SUKUAN BAGI SUKUAN KETIGA TAHUN 2021

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(37)
Tarikh : 11 Oktober 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

BULETIN MAKLUMAN PENGECUALIAN PENYERAHAN PENYATA PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH (PPAA) SECARA SUKUAN BAGI SUKUAN KETIGA TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, semua PTJ di seluruh Malaysia umumnya dan PTJ di bawah JANM Perak khususnya diberi pengecualian untuk tidak melaksanakan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih Bagi Sukuan Ketiga Tahun 2021. Ini bermaksud, kesemua pihak PTJ, JANM Negeri dan Cawangan serta Kementerian tidak perlu menyedia dan menghantar PPAA sukuan ketiga ini.

3. Walaubagaimanapun, PTJ masih perlu menyedia dan menghantar PPAA Sukuan Ketiga Tahun 2021 mengikut tarikh yang ditetapkan jika terdapat permintaan atau arahan dari Bahagian Akaun Kementerian masing-masing. Unit kami akan memaklumkan secara emel atau whatapps dari masa ke semasa.

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Aset JANM Perak secara emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

BULETIN BIL 37 - BULETIN PENGECUALIAN PENYERAHAN PPAA SUKUAN KETIGA 2021