Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PERINGATAN BULANAN:PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN SISTEM iGFMAS BAGI BULAN SEPTEMBER 2021

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld1(32)

Tarikh: 27 September 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN SISTEM iGFMASBAGI BULAN SEPTEMBER2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk  makluman  YBhg.  Dato'/Datin/Tuan/Puan,  semua  Jabatan  dan  Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah  diingatkan  untuk memastikan  semua  urusniaga  Arahan Pembayaran  dilaksanakan  sehingga  ke  proses  Perakuan  2  sebelum  jam 12.00 tengahari pada 30 September 2021 bagi  membolehkan  Pejabat  Perakaunan  melaksanakan  proses larian bayaran pada hari yang sama.

3.     Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK  DIBENARKAN untuk semua Jabatan  dan PTJ pada 30 September 2021  bermula  dari  jam  12.01 tengahari sehingga 11.59 tengah malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Oktober 2021.

4.     Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

PERINGATAN MESRA PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN SISTEM iGFMAS BAGI BULAN SEPTEMBER 2021