Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 BULETIN MAKLUMAN AKUAN TERIMA BAGI PINDAHAN ASET DI MODUL PERAKAUNAN ASET iGFMAS

  

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(36)  

 Tarikh : 8 September 2021  

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /  

Ketua Pusat Tanggungjawab 

YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,  

BULETIN MAKLUMAN AKUAN TERIMA BAGI PINDAHAN ASET DI MODUL  PERAKAUNAN ASET iGFMAS 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2. Dimaklumkan sejak akhir-akhir, pihak Modul Aset , BPTM JANM telah menerima  banyak isu SOLMAN mengenai dokumen pindahan aset masih berada di Senarai Tugas  Harian (STH) pegawai yang membuat AKUAN TERIMA walaupun tindakan telah diambil ke  atas dokumen tersebut. Berdasarkan semakan BPTM, hal ini berlaku kerana pegawai  AKUAN TERIMA telah menutup skrin portal iGFMAS sebelum mesej dokumen berjaya  diluluskan diperolehi.  

3. Mohon pegawai yang membuat AKUAN TERIMA perlu memastikan mesej seperti di  bawah diterima sebelum menutup skrin di portal iGFMAS apabila membuat tugasan AKUAN  TERIMA. 

“No. Dokumen Kawalan 21XXXXXXXX berjaya dijana” 

“No. Dokumen berjaya diluluskan” 

“Dokumen Ini TELAH BERJAYA ditandatangani secara digital oleh AKUAN TERIMA” 

4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Aset JANM Perak  secara emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/  Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.  

Sekian, terima kasih 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"  

UNIT PENGURUSAN ASET 

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 

NEGERI PERAK