Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN JULAI 2021

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5Jld1(25)
Tarikh : 28 Julai 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/Ketua Pusat Tanggungjawab


YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN JULAI 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 Julai 2021 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.

3.     Sehubungan dengan itu, proses perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab pada 30 Julai 2021 bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga jam 11.59 tengah malam. Proses perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Ogos 2021.

4.     Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK