Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PENYEDIAAN TEMPLATE PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) SECARA SUKUAN TAHUN

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(34)
Tarikh : 8 Julai 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab


YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

PENYEDIAAN TEMPLATE PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) SECARA SUKUAN TAHUN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Buletin JANM Perak ANM.PK.UPA/600-1/1/3(30) bertarikh 16 April 2021 adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, bagi PTJ Pembayar yang mempunyai Aset Dalam Pembinaan (AUC), PTJ pembayar hendaklah melakukan Pemantauan AUC (kod Akaun A20XXXXX) yang telah siap dibina, diselesaikan ke kod akaun Hartanah, Loji dan Peralatan (Kod Akaun A14XXXXX). Sila rujuk surat JANM.BPOPA.600-1/4/1(12) bertarikh 9 November 2020.

3.     Oleh itu, PTJ Pembayar hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :

i. Melengkapkan maklumat pada templat pemantauan AUC Versi 2.0 (Lampiran 2) secara sukuan tahun dan mengambil tindakan berdasarkan Carta Alir Tanggungjawab Penyediaan Template Pemantauan Aset Dalam Pembinaan (AUC) (Lampiran 3);

ii. menghantar template AUC secara sukuan tahun ke Unit Pengurusan Aset JANM Perak di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. berdasarkan tarikh yang ditetapkan di Lampiran 1 – Jadual Penghantaran Templet Pemantauan AUC Secara Sukuan Tahun oleh PTJ Pembayar; dan

iii. mengambil tindakan pelarasan / pembetulan / penyelesaian AUC (jika berkaitan) bagi memastikan pelaporan Aset Bukan Kewangan adalah tepat.

4. Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau berhubung dengan Person In Charge (PIC) AUC di Unit Pengurusan Aset JANM Perak (UPA) seperti berikut :

Bil PIC UPA No Telefon
1. Encik Mohd Rashidi Bin Ahmad Nizam 05-2462192
2. Encik Puvaneswaran a/l Ayavoo 05-2462187
5. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"


UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK


LAMPIRAN BULETIN BIL 34 - PENYEDIAAN TEMPLATE PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) SECARA SUKUAN TAHUN