Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PERTANYAAN BERKAITAN PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN / PEKELILING PERBENDAHARAN / ARAHAN LAIN YANG BERKUATKUASA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 1(16)
Tarikh : 31 Mei 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan / Puan,

PERTANYAAN BERKAITAN PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN / PEKELILING PERBENDAHARAN / ARAHAN LAIN YANG BERKUATKUASA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat pengecualian MOF, rujukan: MOF.BSKK 600-2/2/3 Jilid 4(46) bertarikh 9 April 2020 serta Buletin Soalan Lazim (FAQ’s) Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Negeri Perak), (Ruj. Kami: PK.D/600-2/6(18) bertarikh 13 April 2020) adalah berkaitan.

2.     Memandangkan keadaan gelombang pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir sehingga kini, jabatan ini mengambil maklum terdapat Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang diarahkan tutup ataupun tidak dapat menjalankan operasi harian jabatan dari semasa ke semasa. 3.     Sehubungan dengan itu, dengan mengambilkira senario-senario di atas, pengecualian AP, PP, SPANM dan arahan operasi seperti di dalam soalan lazim (FAQ’s) bertarikh 9 April 2020 (dari Bil. 1 hingga 9) adalah terpakai jika PTJ tidak dapat menjalankan operasi dengan arahan bertulis daripada Ketua Jabatan berikutan pandemik Covid-19.

4.     Walau bagaimanapun, pihak PTJ hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Perakaunan berhubung dengan operasi-operasi kewangan yang tidak dapat dijalankan bagi tujuan pemantauan. Hal ini bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan kewangan dan perakaunan adalah terkawal serta tidak menyumbang kepada risiko kehilangan wang serta penyelewengan. Sebarang pemakluman boleh disampaikan melalui emel seperti berikut :

  1. Unit Pengurusan Dana : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ; atau
  2. Unit Akaun : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kerjasama dari pihak tuan / puan dalam mematuhi perkara di atas amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

SEKSYEN OPERASI
JANM NEGERI PERAK


FAQs Pengecualian SPANM Berkaitan dan Arahan Operasi PKP