Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2021 Arkib Pengumuman 2021 PERINGATAN BULANAN : PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN MAC 2021

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5Jld1(10)

Tarikh : 25 Mac 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/

Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

PERINGATAN BULANAN : PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN MAC 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 31 Mac 2021 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.

3. Sehubungan dengan itu, proses perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab pada 31 Mac 2021 bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga jam 11.59 tengah malam. Proses perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 April 2021.

4. Mana-mana Jabatan dan Pusat Tanggungjawab yang TIDAK mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada JANM Perak dengan kadar segera.

5. Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK