Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 BULETIN JADUAL DAN PANDUAN INPUT DAILY RATED 2021

Ruj.Kami : ANM.PK.G/ 600-1/1/2 Jld.4(25)

Tarikh : 16 Disember 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

JADUAL DAN PANDUAN INPUT GAJI PEGAWAI BERGAJI HARI (DAILY RATED) MELALUI SISTEM iGFMAS MODUL HCM BAGI TAHUN 2021

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Untuk makluman, dilampirkan Jadual 1 dan panduan input gaji pegawai bergaji hari (Daily Rated (DR)) bagi tahun 2021 melalui sistem iGFMAS modul HCM. Tempoh tindakan input oleh PTJ hanya 1 hari sahaja. Sila pastikan tarikh yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 dipatuhi bagi memastikan kelancaran proses larian gaji DR.

 

3.     Dilampirkan Lampiran A - Panduan Input Gaji Daily Rated (DR) untuk tindakan Jabatan/PTJ. Tuan/puan hendaklah memastikan tiada pembayaran dibuat secara Arahan Pembayaran di Portal iGFMAS sekiranya tuan/puan memilih pembayaran gaji DR melalui modul ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

JADUAL DAN PANDUAN INPUT DAILY RATED 2021