Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 BULETIN JADUAL INPUT HCM PERINGKAT PTJ BAGI TAHUN 2021

 

 

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2JLD.4(24)

Tarikh : 16 Disember 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

JADUAL INPUT HCM PERINGKAT PTJ BAGI TAHUN 2021

 

2.     Bersama-sama ini dilampirkan Jadual 1 berkenaan Jadual Input Gaji modul HCM Peringkat PTJ bagi tahun 2021. Sila patuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan dalam jadual bagi memastikan kelancaran proses gaji.

 

3.     PTJ hendaklah memastikan perkara-perkara berikut sebelum dan semasa proses tindakan input ke modul HCM:

 

          i.     Sila pastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) digunakan;

 

          ii.     Sila pastikan Kew.320 telah disemak dan disahkan oleh penyelia sebelum input dilakukan;

 

          iii.     Sila pastikan dokumen sokongan yang lengkap dilampirkan bersama dengan borang Kew.320, dan

 

          iv.     Sila lakukan semak Laporan Edit (ZRPY043) dan simulasi PTJ (ZRPY106) bagi input yang telah dilakukan.

 

          v.     Sila pastikan TIADA RALAT pada Laporan Simulasi Gaji (ZRPY106) semasa menghantar status PTJ Simulasi (Payroll Readiness Status) melalui Kod ZRPY101 ke AO Perak.

 

          vi.     Sila pastikan Laporan Semak Edit, Laporan Simulasi Gaji (ZRPY106) dan Laporan Status Simulasi – PTJ (ZRPY101) dicetak dan disemak setiap bulan.

 

4.     Perubahan gaji bagi bulan Januari 2021 adalah terhad kepada tindakan wajib (Penamatan/Perubahan Tidak Aktif) dan tindakan perubahan Aktif untuk perubahan caruman KWSP sahaja. Sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi Unit Gaji melalui person in charge (PIC) masing-masing. Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

JADUAL INPUT GAJI MODUL HCM TAHUN 2021(EDARAN PTJ)