Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 BULETIN PERUBAHAN KADAR KWSP BAGI TAHUN 2021

 

Ruj.Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2JLD.4(23)

 Tarikh : 16 Disember 2020

 

Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

MAKLUMAN KADAR BERKANUN CARUMAN SYER PEKERJA DITURUNKAN KE SEMBILAN (9) PERATUS BAGI TAHUN 2021

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11% kepada 9% bagi tahun 2021. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan terpakai untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Bagi pekerja yang berumur 60 tahun dan ke atas pula, caruman berkanun syer pekerja masih kekal pada kadar yang sama.

 

3.     Bagi yang hendak memilih untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11%, tuan/puan boleh melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) seperti yang dilampirkan dan borang yang lengkap diisi hendaklah didaftarkan secara talian melalui kemudahan i-Akaun (Majikan). Borang yang diterima daripada pekerja hendaklah disimpan sebagai rekod majikan.

 

4.     Untuk makluman, JANM akan melaksanakan perubahan kadar KWSP kepada 9% secara automatik dalam sistem iGFMAS-Payroll mulai gaji bulan Januari sehingga Disember 2021. Sistem hanya menukarkan secara automatik ke 9% jika ditandakan di ruangan ‘statutory rate’. Bagi pegawai yang hendak mengekalkan kadar caruman pada kadar 11%, tuan/puan tidak perlu membuat sebarang perubahan di sistem jika ruangan ‘personal rate’ telah ditandakan dan pegawai hanya perlu mengisi Borang KWSP 17A (Khas 2021) sahaja.

 

Tuan/ Puan,

 

5.     Tindakan penyediaan Borang Perubahan Gaji (Kew. 320) dan kunci masuk di Sistem HCM untuk kemaskini Infotype 0196 – ‘Employees Provident Fund’ bagi bulan Januari 2021 hanya perlu dilakukan apabila terdapat perubahan seperti berikut:

 

          i.     Pegawai memilih untuk mencarum kadar 11% pada tahun 2021 dari kadar 7% pada tahun 2020.

 

          ii.     Pegawai memilih untuk mencarum kadar 9% pada tahun 2021 dari kadar 11% pada tahun 2020.

 

6.     Bersama-sama ini dilampirkan Borang KWSP 17A (Khas 2021) dan Panduan Pengguna Permohonan VE Khas 2021 melalui i-Akaun (Majikan) untuk rujukan PTJ masing-masing. Unit Gaji akan memberikan senarai maklumat pegawai-pegawai yang terlibat dengan potongan kadar caruman 11% pada masa ini melalui person in charge (PIC) masing-masing. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

BULETIN PERUBAHAN KADAR KWSP BAGI TAHUN 2021

 

User Guide VE KHAS 2021_Malay Version

 

WARTA KWSP

 

Borang KWSP 17A (Khas 2021)