Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 BULETIN PERINGATAN MESRA LAPORAN PENYESUAIAN BAKI ASET TAHUN 2020

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(24)

Tarikh : 3 Disember 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / 

Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PERINGATAN MESRA :

PENYELESAIAN SEGERA BAGI PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH SEHINGGA 31 OKTOBER 2020

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

2.        Dipohon kerjasama PTJ yang terlibat untuk menyelesaikan PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH sehingga 31 Oktober 2020 dan perlu mengemukakan laporan ini secara softcopy excel dan PDF ke alamat ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 4 DISEMBER 2020.

 

3.        Sila rujuk BULETIN TATACARA PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH DI PORTAL JANM PERAK. TATACARA INI JUGA BOLEH DIMUATNAIK DI LINK BERIKUT :

 

https://bigbox.1govuc.gov.my/index.php/s/r3gBwjN5foLfyRi

 

4.        Untuk makluman, senarai PTJ yang tidak menghantar penyata penyesuaian ini sehingga tarikh yang diberikan, akan dipanjangkan ke Bahagian Akaun Kementerian masing-masing. Kerjasama dan perhatian SEGERA daripada pihak PTJ berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.

 

5.         Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Pengurusan Aset JANM Perak di talian 052462100/ 109/ 185/ 187/ 182/ 192/ 193. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

 

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

BULETIN PERINGATAN MESRA LAPORAN PENYESUAIAN BAKI ASET TAHUN 2020