Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 TERKINI : TARIKH AKHIR PENGELUARAN PEROLEHAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN BAGI VOT MENGURUS DAN VOT SELAIN MENGURUS SEMPENA PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2020

Ruj. Kami : ANM.PK. D/600-2/6(36 )

Tarikh : 03.12.2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan

 

TERKINI : TARIKH AKHIR PENGELUARAN PEROLEHAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN BAGI VOT MENGURUS DAN VOT SELAIN MENGURUS SEMPENA PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas

 

2.        Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan surat MOF terkini yang diterima pada 2 Disember 2020 memaklumkan bahawa tarikh akhir bayaran bagi DE dan Kumpulan Wang Covid-19 adalah pada 4 Disember 2020. Semua arahan pembayaran termasuk jurnal pelarasan yang melibatkan vot dana DE, Kumpulan Wang Covid-19, Amanah dan G000 hendaklah diselesaikan segera sehingga ke peringkat perakuan 2 selewat-lewatnya pada jam 5.30 petang, 4 Disember 2020 (Jumaat).

 

3.        Walaubagaimanapun, semua arahan pembayaran termasuk jurnal pelarasan yang melibatkan *VOT MENGURUS (OE) MASIH KEKAL seperti dalam arahan SPANM Bil. 4 Tahun 2020 dimana hendaklah diselesaikan segera sehingga ke peringkat perakuan 2 selewat-lewatnya pada jam 5.30 petang, 3 Disember 2020 (Khamis).

 

4.        Dilampirkan bersama jadual tarikh akhir perolehan kerajaan dan arahan pembayaran untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dana

JANM Negeri Perak

 

TERKINI : TARIKH AKHIR PENGELUARAN PEROLEHAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN BAGI VOT MENGURUS DAN VOT SELAIN MENGURUS SEMPENA PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2020