Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 TARIKH AKHIR PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN MELALUI MODUL INVOIS TANPA PT BAGI TAHUN 2020

Ruj. Kami : ANM.PK. D/600-2/5(46) 

Tarikh     :    27 November 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/

Ketua Pusat Tanggungjawab

 

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan

 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN MELALUI MODUL INVOIS TANPA PT BAGI TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran permohonan kelulusan menggunakan modul invois tanpa pesanan kerajaan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perak bagi tahun 2020 adalah sehingga 30 November 2020 sahaja. Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan diluluskan oleh jabatan ini.

 

3.   Surat permohonan yang dihantar hendaklah disertakan dengan surat iringan dan salinan dokumen yang lengkap. Kelulusan hanya akan dipertimbangkan untuk kes yang relevan sahaja. Sila rujuk soalan lazim yang telah dikeluarkan oleh jabatan ini di website JANM Perak iaitu http://www.anm.gov.my/images/JANM/AO/Perak/08-Soalan-Lazim/Dana/SOALAN_LAZIM__INVOIS_TANPA_PT.pdf bagi mendapatkan penjelasan mengenai tatacara permohonan pembayaran ini.

 

4.         Semua permohonan boleh dihantar terus ke kaunter tingkat 6 JANM Perak atau di emel terus ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK

 

MUAT TURUN:

 

TARIKH AKHIR PERMOHONAN KELULUSAN PEMBAYARAN MELALUI MODUL INVOIS TANPA PT BAGI TAHUN 2020