Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 TATACARA PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(22)

Tarikh : 20 November 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / 

Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH

 

Dengan hormatnya surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Putrajaya ruj: JANM/BPOPA.600-1/4/1(12) bertarikh 9 November 2020 – Tatacara Penyediaan Penyesuaian Baki Aset Alih dan Pemantauan Aset Dalam Pembinaan di Pejabat Perakaunan (Termasuk Pejabat Perakaunan Negeri dan Cawangan) adalah dirujuk berkenaan perkara di atas.

 

2.        Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, aset alih di iGFMAS diperakaunkan berdasarkan MPSAS dan Polisi Perakaunan Akruan yang berkuatkuasa, manakala Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) direkodkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan. Pejabat Perakaunan telah ditugaskan untuk memastikan aset alih diperakaunkan dalam iGFMAS dengan tepat dan lengkap. Bagi memastikan aset alih ini diperakaunkan dengan tepat, Pusat Tanggung Jawab (PTJ) adalah di minta untuk menyediakan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih di antara baki aset alih di Sistem iGFMAS dan di SPPA.

 

3.        Oleh itu, dilampirkan senarai tindakan yang perlu dilaksanakan oleh pihak PTJ:

 

          i. Pusat Tanggungjawab (PTJ Dipertanggung) hendaklah memastikan pegawai yang terlibat mempunyai capaian dan peranan bagi Modul Perakaunan Aset (Laporan > Laporan Baki Aset) dan Modul Data Induk (Laporan) di iGFMAS dan capaian di sistem SPPA;

 

          ii. Pusat Tanggungjawab (PTJ Dipertanggung) hendaklah mengisi Templat Penyesuaian Baki Aset Alih (Lampiran A) berpandukan Tatacara Penyesuaian Baki Aset Alih (Lampiran B). PTJ juga hendaklah merujuk Contoh Templat Penyesuaian Baki Aset Alih (Lampiran C) untuk mengisi templat berkenaan;

 

          iii. Menyedia dan mengemukakan Penyata Penyesuaian baki Aset Alih seperti di Lampiran 1 dalam Templat Penyesuaian Baki Aset Alih (Lampiran B) kepada Pejabat Perakaunan mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

4.        Semua PTJ perlu mengemukakan Penyata penyesuaian Baki Aset Alih seperti pada 31 Oktober 2020 selewat-lewatnya pada 1 Disember 2020 ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hantar ke alamat berikut:

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5-9, Wisma Maju Perak
Jalan Sultan Idris Shah
30990 Ipoh
Perak
(U/P: Unit Pengurusan Aset)

 

5.         Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Pengurusan Aset JANM Perak di talian 052462100/ 109/ 185/ 187/ 182/ 192/ 193. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

 

UNIT PENGURUSAN ASET

JANM NEGERI PERAK

 

LAMPIRAN A- Template Penyesuaian Baju Aset Alih SPPA dan iGFMAS

 

LAMPIRAN B - PANDUAN PENGISIAN TEMPLAT PENYESUAIAN ASET ALIH SPPA iGFMAS

 

LAMPIRAN C - CONTOH _Template Penyesuaian Aset Alih SPPA iGFMAS

 

SURAT BPOPA - TATACARA PENYEDIAAN PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH DAN PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN DI PEJABAT PERAKAUNAN